KAHERAH, 26 Mei – Mengaku….. Militan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam insiden serangan di perhentian bas Jakarta, yang mengorbankan tiga anggota polis dan mencederakan 12 yang lain.

“Militan Daesh bertanggungjawab menyerang perhimpunan polis Indonesia di Jakarta itu,” kata agensi berita rasmi kumpulan itu, Amaq.

Ia adalah serangan paling merbahaya di Indonesia sejak Januari 2016, yang menyebabkan lapan orang terbunuh, empat daripadanya penyerang. – WD MY