NEW YORK, 14 Okt – Setiausaha PBB Baharu…..Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memilih bekas Perdana Menteri Portugal, Antonio Guterres sebagai Setiausaha Agung PBB yang baharu menggantikan Ban Ki Moon pada 1 Januari 2017.

Berusia 67 tahun, Guterres dipilih di kalangan 13 calon lain termasuk bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark.

Guterres sebelum itu menerima pencalonan Majlis Keselamatan PBB melalui enam undian tidak rasmi.

Keputusan pemilihan Guterres diumumkan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Peter Thompson di ibu pejabat badan dunia itu di New York, pagi ini waktu tempatan.