KUALA LUMPUR, DISEMBER 29: NAIB PRESIDEN…. Seperti dijangka pemerhati politik, Rafizi Ramli yang tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Datuk Seri Azmin Ali baru-baru ini dilantik sebagai Naib Presiden parti itu.

Pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan dan penyandang jawatan Naib Presiden sebelum ini diumumkan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Anwar berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini bermesyuarat bagi memutuskan jawatan lantikan bagi parti itu.

“Antara yang dibincangkan adalah perlantikan jawatan-jawatan MPP selepas pemilihan MPP dan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) sebelum ini.

“Diharapkan mereka dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat dalam era Malaysia baru ini,” katanya.

Berikut adalah senarai penuh jawatan lantikan bagi penggal 2018-2021:

Naib presiden: Rafizi Ramli
Naib presiden: Chang Lih Kang
Naib Presiden (Sabah/Sarawak): Ali Biju
Setiausaha Agung: Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Bendahari Agung: Lee Chean Chung
Ketua penerangan: Datuk Shamsul Iskandar Md Akin
Setiausaha pengelola: Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli MPP (lantikan): Lee Khai Loon
Ahli MPP (lantikan): Faisal Sanusi
Ahli MPP (lantikan): Syed Ibrahim Syed Noh
Ahli MPP (lantikan): Rayyan Abdul Rahim
Ahli MPP (lantikan): Raymond Ahuar
Ahli MPP (lantikan): S Kesavan
Pengarah strategi: Dr Mansor Othman
Pengarah komunikasi: Fahmi Fadzil
Timbalan setiausaha agung: Dr R Santhara Kumar
Timbalan ketua penerangan: Sim Tze Tzin
Timbalan ketua penerangan: S Manivanan
Ketua jawatankuasa keanggotaan: Tian Chua
Ketua jawatankuasa sistem pemilihan parti: Dr Lee Boon Chye