KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 13:BERTANDING….Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah disahkan akan bertanding di Parlimen Parlimen Port Dickson selepas kerusi berkenaan dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Danyal dalam satu sidang media hari ini memaklumkan, beliau akan berundur demi memberi laluan kepada Anwar untuk kembali ke Dewan Rakyat.

Beliau turut mengesahkan telah menghantar notis pengosongan kerusi parlimen kepada pejabat Speaker Dewan Rakyat, awal hari ini.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan tersebut.-MY WD