KUALA LUMPUR, OGOS 9:GST….Ahli Parlimen pembangkang Barisan Nasional (BN) bimbang dengan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng kononnya kerajaan BN merompak duit bayaran balik  Cukai Barang dan Perkhimatan (GST).).

Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Ir Wee Ka Siong berkata, itu dakwaan yang serius kerana kerajaan sebelum ini mempunyai makanisme yang betul untuk memudahkan proses pembayaran balik.

“Jika duit itu masih dalam akaun, ia bukan dirompak, mungkin ia perlu dirombak semula. Sila jelaskan.

“Kita boleh lakukan perbincangan dengan aman, tiada masalah. Jika lemah, kita akan kata lemah. Tohmahan yang tidak berasas akan membuatkan orang luar berprasangka buruk terhadap kerajaan dahulu, dengan mendakwa duit itu ‘dimakan’ oleh kami. Ini tidak adil,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapha Mohamed pula menuntut penjelasan daripada kerajaan PH yang mendakwa kerajaan BN melakukan rompakan dan salahguna kuasa kerana pelaksanaan GST.

Menurut Mustapha, dakwaan yang juga dibuat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh itu sesuatu  yang berat ,(seolah) mempunyai konotasi berniat jahat dan ada perkara terancang.

“Demi mencari ketelusan, saya ingin mendapatkan penjelasan yang dinyatakan berhubung perkataan rompakan dan penyalahgunaan kuasa yang digunakan. Ini merupakan satu dakwaan yang berat. Saya ingin tahu apa maknanya dari aspek ketelusan.

“Saya sangat mudah orangnya. Jika kita benar, kenapa perlu takut? Jadi saya ingin mengetahui perkara sebenar. Harap YB akan dedahkan mengenai perkara ini,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan PH harus bersikap adil dalam melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan 2018 (SST) yang dirancang akan menggantikan GST bermula September ini.

“Ini realiti. Kerajaan PH perlu adil. Sebagai kerajaan moden, kita memerlukan kewangan untuk membangunkan infrastruktur, keperluan pertahanan yang akan meningkat dan juga pendidikan,” katanya.-MY WD