KUALA LUMPUR, 6 Jan – Industri Pengiklanan…… Getthiss Apps Sdn Bhd, syarikat penyedia platform pemasaran menyasarkan untuk menerajui industri pengiklanan dalam talian menjelang 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Getthiss Dato Hisyamudin Supian berkata perniagaan dalam talian merupakan tren perniagaan terkini dan beliau yakin aplikasi tersebut mampu menarik minat pemain industri memasarkan produk mereka.

“Getthiss Apps ditubuhkan selepas melihat tren semasa di mana semua lapisan masyarakat bergantung sepenuhnya terhadap teknologi”, Hisyamudin bercakap kepada media selepas Majlis Perjanjian Persefahaman antara Getthiss Apps Sdn Bhd dan Getthiss Thailand di ibu negara hari ini.

Ia perjanjian persefahaman di antara Getthiss Global Ltd  dengan “Country Authorised Reseller” dari Thailand, diwakili oleh Dr Pato Domaeng Tote dan Tuan Peck Phurikarn.

Tambah beliau, sejak dilancarkan Jun tahun lalu, aplikasi tersebut telah mempunyai kira-kira 15,000 ahli dan lebih 2,000 pengiklanan dengan nilai jualan melebihi RM10 juta.

“Melalui aplikasi Getthiss, kami menawarkan ruang pengiklanan dan pemasaran bertaraf global ke beberapa buah Negara termasuk Indonesia, Brunei, Thailand, India dan Bangladesh”.

Katanya, ini memberi peluang kepada usahawan tempatan untuk meneroka pasaran baharu di luar negara dengan lebih mudah dan cepat.

 

Bagi Maznah Zolkifli yang pernah menjadi
Duta Belia Negara 2003 turut sama menerajui dunia aplikasi Getthiss ini seawal bulan Ogos 2016 dimana baru-baru ini dilantik sebagai Corporate Brand Director bagi syarikat Getthiss Innovation Sdn Bhd.

Beliau yang hadir dimajlis itu berkata akan terus menerajui platform IT dan inovasi ini ke peringkat lebih global dan meluas dikalangan belia kerana platform ini juga menjana pendapatan yang pasif.

Dalam pada itu, Getthiss  turut terlibat dalam perniagaan produk penjagaan kulit, Beauarti iaitu jenama yang dibawakan khas daripada kilang CNB Global di Korea iaitu satu daripada tiga kilang terbesar bagi industri kosmetik di negara itu.

Produk kosmetik yang dihasilkan menggunakan teknologi nano itu telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan. – WD MY