KLANG, 23 Feb – Tiga buah kapal terbabit dalam pelanggaran di perairan Tanjung Ayam pada 18 Febuari lalu.

Agensi Maritim Malaysia DM 7 Tanjung Sedili dalam satu kenyataan berkata, seramai 12 orang krew dan seorang kapten yang menaiki kapal TINA 7 dan STRAITS 3 warganegara Malaysia, Indonesia dan Myanmar berdepan pengalaman cemas apabila dirempuh sebuah kapal MV OLF kira-kira 2.7bn tenggara Tanjung Ayam.

Kapal yang melanggarnya iaitu MV OLF pula dipercayai terus belayar ke perairan Indonesia tanpa membantu anak kapal TINA 7 dan STRAITS 3.

Kejadian yang berlaku pada 18 feb di antara pukul 7.30 malam itu tidak menyebabkan berlaku sebarang tumpahan minyak dan kemalangan jiwa.

Akibat dari kemalangan itu kapal TINA 7 yang didaftarkan di Port Klang mengalami kerosakan pada bahagian starboard (kanan) sebelah bahagian kapal .

Selepas tiga hari menjejaki kapal tersebut,radar APMM berjaya mengesan kapal MV OLF di perairan Tg Ramunia pada 21 Feb 2016. Kapal yang didaftarkan di Basseterre ini, dipercayai telah terlibat dalam kes perlanggaran berkaitan ketika ia dalam pelayaran daripada Hong Kong menuju ke India dengan membawa kru seramai 15 orang wargnegara India dan seorang Sri Lanka.

Sebaik mengesan kapal tersebut, bot APMM Tanjung Sedili bersama pegawai daripada Jabatan Laut Pasir Gudang ke lokasi kejadian untuk menahan kapal MV OLF.

Kapal terbabit diserahkan kepada Jabatan Laut untuk siasatan lanjut.

Sebelum penahanan MV OLF di Tg Ramunia, operasi menjejaki kapal tersebut turut dibantu oleh Singapore Coast Guard dan BAKORKAMLA bagi mengesan pergerakan MV OLF di dalam perairan Singapura dan Indonesia. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY