IPOH, 30 Okt – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ?Daerah Maritim 3 Lumut menahan sebuah kapal dagang, MT Tenki, yang bersauh tanpa k?ebenaran di perairan Lumut kira-kira 6 batu nautika barat laut Pulau Pangkor pada Rabu lepas. 

Menurut ?Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kapten Zulinda Ramly berkata kapal
maritim KM Nyalau melakukan rondaan di kawasan berkenaan berjaya mengesan kapal
dagang tersebut pada kira-kira 5.30 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati kapal tersebut gagal mengemukakan
dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal berkenaan mempunyai 30 orang kru dan kita membawa tiga daripada
mereka ke Pejabat Maritim Malaysia DM3 Lumut untuk membantu siasatan.

“Kapal berkenaan didaftarkan di Panama, Amerika Latin dan pemilik kapal
dagang berkenaan boleh didakwa mengikut Seksyen 491B (1) (I) Ordinan Perkapalan
Saudagar kerana berlabuh tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulinda berkata APMM akan terus melakukan rondaan berkala bagi meningkatkan
kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan
keselamatan di perairan negara terjamin.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY