NEW YORK, 8 Okt – SIASAT……. Pengeluar telefon bimbit Apple sedang menyiasat beberapa kes bateri model iPhone 8 Plus yang baharu dilancarkan didakwa menggelembung.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Taiwan dan Jepun, di mana letupan telah menyebabkan peranti berkenaan terbuka.

Kes terbaharu dimana peranti iPhone didakwa terbuka akibat bateri yang ‘menggelembung’ telah dilaporkan oleh media milik kerajaan China.

Menurut laporan tersebut, sebuah portal China telah menemuramah seorang pemilik iPhone 8 Plus yang dikenali sebagai Liu.

Menurut Liu, dia membeli peranti berkenaan pada 5 Oktober lalu daripada sebuah laman web atas talian.

“Peranti berkenaan dilihat dalam keadaan retak ketika membuka bungkusan dan memeriksa gajet tersebut.

“Bagaimanapun peranti berkenaan tidak menunjukkan sebarang tanda telah meletup. Saya mengambil keputusan untuk tidak mengecas peranti berkenaan dan mengembalikannya kepada pihak penjual,” katanya lagi.

Jurucakap syarikat Apple berkata, kes berkenaan kini dalam siasatan bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan. – WD MY