RIYADH, 12 Julai – Bakal Didakwa….Jurutera dan dua pegawai kerajaan akan menghadapi perbicaraan di Arab Saudi atas tuduhan menyebabkan kematian 107 jemaah haji dalam kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, tahun lalu, lapor akhbar al-Riyadh, hari ini.

Akhbar berbahasa Arab itu memetik sumber sebagai berkata, penyiasat dan pihak pendakwaan sudah menyiapkan laporan siasatan selama lapan bulan, yang dibuat secara rahsia dan membabitkan beberapa suspek.

“Mahkamah kini dalam proses menentukan tarikh perbicaraan pertama selepas hakim mengkaji kes,” lapor al-Riyadh.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan apa pertuduhan atau berapa ramai yang akan menghadapi perbicaraan. – WD MY

LEAVE A REPLY