RIYADH, 5 JULAI – SERANGAN…..Arab Saudi berjaya memintas dron dilancarkan pemberontak Yaman yang mensasarkan lapangan terbang awam di selatan negara itu, ketika Houthi meningkatkan serangan ke atas berkenaan.

Dron mensasarkan lapangan terbang Jizan, kata pasukan pakatan diketuai Arab Saudi dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Media Saudi (SPA).

Ia tidak melaporkan sebarang kerosakan atau kematian.

Terdahulu, pemberontak Houthi mendakwa melancarkan serangan ke atas lapangan terbang di Jizan dan Abha, ibu negeri wilayah Asir di selatan Arab Saudi, menurut saluran televisyen kumpulan itu, Al-Masirah.

Pasukan pakatan tidak mengesahkan serangan ke atas Abha.

Pemberontak Yaman, yang berhadapan pengeboman sengit tentera pakatan sejak Mac 2015 yang menyebabkan angka kematian tinggi penduduk awam, meningkatkan serangan peluru berpandu dan dron melepasi sempadan sejak beberapa minggu ini

Selasa lalu, serangan Houthi di lapangan terbang Abha menyebabkan sembilan penduduk awam cedera.

Pada 12 Jun lalu, serangan peluru berpandu di Abha mencederakan 26 penduduk awam, mendorong pasukan pakatan berjanji mengambil tindakan keras. – WD MY