RIYADH, 29 April – PELURU BERPANDU…… Arab Saudi berjaya memintas empat peluru berpandu balistik dilancarkan pemberontak Yaman, kata pakatan diketuai negara itu yang mengorbankan seorang lelaki tempatan.

Menurut kenyataan tentera pakatan, peluru berpandu itu disasarkan ke arah bandar Jizan di selatan Arab Saudi.

Jurucakap Pertahanan Awam Jizan, Kolonel Yahya Abdullah al-Qahtani memberitahu televisyen al-Arabiya, seorang rakyat Arab maut terkena serpihan peluru.

Saluran televisyen pemberontak Houthi, Al Masirah melaporkan, mereka melepaskan lapan peluru berpandu ke arah Jizan, sehari selepas pasukan pertahanan Arab Saudi berkata, mereka menembak jatuh sasaran di kawasan sama.

Serangan berlaku ketika pemberontak Houthi mengadakan upacara pengebumian seorang komander dibunuh di ibu kota Sanaa.

Ketua majlis politik tertinggi kumpulan itu, Saleh al-Sammad terbunuh dalam serangan udara Arab Saudi dan sekutunya minggu lalu. – WD MY