RIYADH, 31 Mac – PINTAS….. Pasukan pertahanan udara Arab Saudi memintas peluru berpandu yang dibedil ke arah bandar raya Najrah oleh pemberontak Houti di Yaman, lapor stesen televisyen Al Arabiya tanpa memberikan butiran lanjut.

Agensi berita dikendalikan Houthi, Saba, terdahulu melaporkan peluru berpandu balistik dibedil ke arah pangkalan Pengawal Kebangsaan Arab Saudi di Najran, menyatakan ia menyebabkan kerugian kepada musuh dan peralatan tentera. – WD MY