NEW YORK, MEI 15 – SEKAT……Amerika Syarikat (AS) semalam menyekat penggunaan pernyataan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa siasatan bebas terhadap keganasan dahsyat di sempadan Israel-Gaza, kata diplomat.

Insiden itu tercetus apabila misi baharu AS di Baitulmaqdis dibuka.

“Majlis Keselamatan melahirkan perasaan berang dan sedih terhadap pembunuhan orang awam Palestin yang menyatakan hak membantah secara aman.

“Majlis Keselamatan menggesa satu siasatan bebas dan telus terhadap tindakan itu bagi memastikan mereka yang melakukannya dipertanggungjawabkan,” kata draf kenyataan itu.

Sementara itu, dalam hari berdarah tunggal buat penunjuk perasaan Palestin sejak 2014, pegawai Kementerian Kesihatan Palestin berkata, 58 terbunuh manakala 2,700 cedera akibat ditembak peluru hidup, terkena gas pemedih mata atau kekejaman lain.

Pertumpahan darah itu menarik gesaan kekangan dari beberapa negara termasuk Perancis dan Britain serta kritikan keras daripada yang lain dengan kuasa serantau Turki, menggelarnya ‘satu pembunuhan beramai-ramai.’ – WD MY