KUALA LUMPUR, 22 Mac – Permodalan Nasional Berhad hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.05 Sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2).

Ia bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2016.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusinya Tun Ahmad Sarji.

Ahmad Sarji berkata kadar pengagihan pendapatan bagi tabung ASB 2 sebanyak RM213.07 Juta iaitu peningkatan sebanyak 131.6%.

“Kadar pengagihan pendapatan bagi tabung ASB 2 pada tahun ini sebanyak 7.05 Sen seunit,” kata Ahmad Sarji di sidang media sebentar tadi. – Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY