ROME, 3 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Komuniti ASEAN disaran mengguna-pakai langkah dan prosedur yang diamalkan oleh Kesatuan Eropah, EU untuk menyekat pergerakan pelarian dan pengganas.

Menurutnya, tumpuan harus diberikan terhadap pencegahan di semua pintu masuk utama ke negara anggota ASEAN seperti yang dilakukan oleh negara-negara EU.

Langkah dan prosedur itu katanya, sudah dipraktikkan di Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun, ia perlu diperluaskan ke negara anggota ASEAN lain.

” Negara-negara ASEAN harus mempunyai acuan penyemakan keselamatan sempadan dengan dokumen-dokumen yang terselaras dengan menggunakan sistem yang sama termasuk APSS, “advance passengers screening system” dan mengguna sistem biometrik, cap jari dan juga menggunakan pengecaman muka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengakhiri rangka lawatan kerja tiga hari ke Rome, Itali.

Sepanjang lawatan itu, beliau mengadakan pertemuan dengan dengan Menteri Dalam Negeri Itali, Angelino Alfano, serta mendengar taklimat daripada Ketua Polis Negara Itali, Alessandro Pansa dan Ketua Jabatan Imigresen, Mario Morcone.

Selain meningkatkan hubungan dua hala, rangka lawatan itu bertujuan mendapat maklumat lebih terperinci mengenai kaedah pencegahan jenayah terancang, migrasi dan keganasan.? – Suraya Ahmad (WD MY)?

LEAVE A REPLY