CAROLINA UTARA, 11 Jun – Cubaan Bunuh…….. Lelaki berpangkat pegawai tentera Amerika Syarikat ditahan kerana cuba membunuh orang Islam dan mengugut ahli masjid di sini ketika mereka hendak solat di bulan Ramadan, menurut pihak berkuasa.

Tentera Simpanan AS, major Russell Thomas Langford, 36, turut meninggalkan daging khinzir di Masjid Al Madina dekat Raeford, Hoke County perbuatan yang dianggap satu penghinaan kepada orang Islam.

Menurut pejabat syerif, ahli masjid itu menemui dua bungkus daging khinzir di pintu masuk masjid berkenaan Khamis lalu. Mereka melihat kereta jenis Chevrolet Tahoe di tempat letak kereta yang didapati milik Langford.

Seorang ahli masjid yang dalam perjalanan pulang menyedari kenderaan yang sama mengekorinya dan beliau cuba melarikan diri tetapi gagal.

Kemudian, Langford kembali ke masjid dan membuat ugutan bunuh ke atas ahli masjid, seorang daripadanya adalah kapten bersara dan Pendakwah Islam di Fort Bragg.

Langford diajak masuk untuk berbincang, tetapi beliau enggan dan terus pergi. Beliau kembali semula dan cuba merempuh sekumpulan jemaah yang ingin masuk ke masjid untuk menunaikan solat.

“Langford berdepan tuduhan termasuk ugutan terhadap etnik, menyerang dengan senjata berbahaya, bersenjata hingga menakutkan orang ramai, mengancam, mengugut dan berkelakuan tidak senonoh,” menurut pejabat syeriff dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, senjata api, peluru dan senjata lain turut ditemui dalam kereta Langford. – WD MY

LEAVE A REPLY