KUALA LUMPUR, 28 Dis – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak
syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan agihan
pendapatan sebanyak 6.10 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun
kewangan berakhir 31 Dis, 2015, berbanding 6.45 sen seunit yang diagihkan pada
2014.

Menurut Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan itu
membabitkan pembayaran sejumlah RM106.72 juta dan memberi manfaat kepada 1.25
juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 1.75 bilion unit ASN.

“Sehingga 23 Dis, ASN mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM126.27 juta,”
kata beliau pada sidang akhbar selepas mengumumkan agihan dividen itu di sini
hari ini

Daripada jumlah berkenaan, keuntungan daripada jualan saham menyumbang
63.3 peratus, diikuti dengan pendapatan dividen daripad a pelaburan dalam
syarikat-syarikat (28 peratus) dan instrumen lain (8.7 peratus).

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Ekseutif PNB Tan Sri Hamad Kama
Piah Che Othman berkata dividen yang lebih rendah itu disebabkan oleh
persekitaran ekonomi yang mencabar, seperti harga komoditi yang rendah dan
prestasi pasaran saham yang kurang memberangsangkan.

“Indek FTSE Bursa Malaysia KLCI telah mencatat penurunan sebanyak 5.5
peratus kepada 1,663.51 mata pada 23 Disember, 2015 daripada 1,761.25 mata pada
31 Disember, 2014,” katanya.

Agihan pendapatan akan dilaburkan semula ke dalam unit tambahan ASN dan
akan secara automatik dikreditkan ke dalam buku pelaburan pemegang unit
berdasarkan nilai bersih setakat 31 Dis, 2015.

Pemegang unit boleh mengemas kini akaun ASN mereka bermula 4 Jan, 2016
di mana-mana pejabat ASNB atau ejennya di seluruh negara.

Semua urus niaga ASN di ibu pejabat ASNB, pejabat atau ejennya digantung
pada 24 Dis tahun ini sehingga 3 Jan ini bagi memudahkan pengiraan agihan
pendapatan dan urus niaga boleh dijalankan semula pada 4 Jan, 2016. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY