KUALA LUMPUR, JUN 5: AIBKAN…Jangan aibkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

“Biar mahkamah jalankan proses perbicaraan dengan adil dan telus, kita mengharapkan supaya (Najib) diberi keadilan dan kita jangan menghukum sebelum mahkamah menghukum.

“…dan kita juga jangan aibkan dia sebelum dia terbukti bersalah oleh mahkamah”,katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat yang beragama Islam untuk kembali kepada prinsip yang diajar dalam agama dan undang-undang sebelum bersangka buruk terhadap Najib.-MY WD