Atlet Penerjun Wanita Negara Gagal Ujian Doping Semasa Sukan SEA Kuala Lumpur

0
316

KUALA LUMPUR, 3 Okt – GAGAL….. Atlet terjun wanita negara gagal ujian doping yang dijalankan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

penerjun itu menang pingat emas selepas tuan rumah Malaysia berjaya menyapu bersih 13 pingat emas ditawarkan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijangka mendedahkan butiran terperinci mengenai kes doping itu kepada media selepas mesyuarat jawatankuasa pemilihan Sukan Komanwel Gold Coast di Kuala Lumpur, petang ini.

“Ia seorang penerjun. Lebih bagus buat MOM untuk mendedahkan perkara itu,” menurut seorang sumber.

Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong, Wendy Ng, Leong Mun Yee, Traisy Vivien Tukiet, Nur Dhabitah Sabri dan Jasmine Lai adalah pemenang pingat emas pada Sukan SEA. – WD MY