KOTA BHARU, 28 Dis – Pantau…..Briged Kelapan Infantri sedang memberi
tumpuan kepada perkembangan semasa keadaan banjir yang dihadapi negeri di pantai
timur khususnya di Kelantan dan Terengganu.
Panglimanya, Brig Jen Nazari Abd Hadi berkata pihaknya sentiasa membuat
pemantauan kenaikan paras air sungai di kedua-dua negeri dari semasa ke semasa
pada musim tengkujuh ini sebagai panduan sebelum pemindahan penduduk ke pusat
pemindahan banjir dilaksanakan.

“Banjir di Kelantan dan Terengganu merupakan fenomena biasa setiap tahun dan
pihak kami sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya
banjir,” katanya.

Beliau bercakap kepadamedia selepas merasmikan Majlis Meraikan Anggota
Cedera Semasa Operasi dan Latihan Sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) Ke-83 di Kem Desa Pahlawan di sini, hari ini.
Nazari berkata pihaknya turut menjalin kerjasama rapat dengan pihak berkuasa
lain yang berkaitan dengan pengurusan banjir bagi melaksanakan operasi secara
bersepadu. – WD MY