KUALA LUMPUR, 21 Jun – ATM Terima Sumbangan…… Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir ke Majlis Penghargaan Sumbangan Hari Raya Adilfitri bagi Tahun 2016.

Sebanyak 56 buah agensi terdiri daripada Bakti, agensi awam, swasta, badan bukan kerajaan, Pergerakan Wanita Umno dan Wakil Rakyat Parlimen Setiawangsa bermurah hati menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan, barangan dan makanan.

Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM 1.4667 Juta dan penyumbang terbesar diterima dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri, Bakti kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Hadir sama Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor selaku Yang Dipertua Bakti.

Sumbangan ini juga akan disalurkan kepada asnaf kurang berkemampuan, peningkatan program dan pendidikan dakwah dan sahsiah, bantuan prasarana masjid dan surau ATM serta lain-lain. – WD MY

LEAVE A REPLY