SYDNEY, 21 Dis – Kerajaan Australia dan Indonesia hari ini setuju meningkatkan perkongsian maklumat dalam usaha memerangi keganasan, beberapa hari selepas polis menahan tujuh lelaki didakwa ada kaitan dengan pengebom bunuh diri yang dirancang di Jakarta.

Dalam serbuan di beberapa bandar raya seluruh Jawa pada Jumaat dan Sabtu lalu, polis menahan lima anggota rangkaian militan dan merampas bahan kimia, peralatan makmal dan bendera diilhamkan militan IS. Operasi dilaporkan hasil maklumat daripada Polis Persekutuan Australia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Berikutan rundingan dua hala tahunan dengan rakan sejawatannya dari Indonesia di Sydney, Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, beliau tidak dapat memberi butiran lanjut mengenai rancangan itu tetapi menyifatkan perkongsian maklumat itu penting.

“Cukup untuk menyatakan Australia selalu bersedia menunaikan tanggungjawab dan dalam hal ini, polis Indonesia terbukti berjaya dalam menghalang percubaan aktiviti pengganas,” katanya. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY