LOS ANGELES, 29 APRIL – RAIH…… Filem adiwira “Avengers: Endgame” memecahkan rekod pecah panggung dengan jualan tiket global kira-kira AS$1.2 bilion (RM4.96 bilion), sehingga semalam, kata pengedarnya Walt Disney Co.

“Endgame” berjaya meraih jualan AS$350 juta (RM1.44 bilion) di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada yang dianggap pasaran filem terbesar dunia.

Jumlah itu mengatasi rekod terdahulu sebanyak AS$257.7 juta (RM1.06 bilion) yang dicatatkan setahun lalu oleh filem “Avengers: Infinity War”.

Disney berkata, “Endgame” turut mencatatkan rekod hujung minggu di China, Brazil, Perancis dan lebih puluhan pasaran lain. Filem aksi tiga jam itu adalah babak terakhir kisah 22 filem Marvel Studios, sejak 2007.

Ia menampilkan watak popular komik seperti Iron Man (Robert Downey Jr), Hulk (Mark Ruuffalo) dan Thor (Chris Hemsworth) dalam usaha menentang watak jahat Thanos (Josh Brolin).

Filem itu disambung daripada filem epik terdahulu yang tergantung “Infinity War,” kata ramai wira Marvel yang digemari maut. – WD MY