GUAL IPOH, 17 Mei – Lawat……Pemimpin berjiwa rakyat, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengambil peluang menziarahi keadaan anak-anak  ASP Mohd Noor Mat Yaub dan isteri yang terlibat kemalangan maut pada bulan lepas.

Kunjungan ziarah berkenaan turut disertakan majlis bacaan tahlil kepada Allahyarham dan Allahyarhamah di kediaman keluarga yang menjaga anak-anak Tuan ASP di Kampung Gual Ipoh, Kelantan.


Azeez Rahim selaku Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Tabung Haji turut menyumbangkan bantuan bina rumah baru kepada anak-anak Mohd Noor di kampung berkenaan.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Baling, rombongan dari Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Baling, Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Ipoh,  adun gual ipoh Bakri Mustapha. – WD MY