KUALA LUMPUR, 1 JULAI – LANTIK….  Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melantik tiga anggota baharu berkuatkuasa 26 Jun lalu.

Mereka ialah Azian Mohd Aziz, Ketua Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara Malaysia; Profesor Xiao’ou Tang
Pengasas SenseTime & Profesor di University of Hong Kong dan Lau Seng Yee, Naib Presiden Eksekutif & Pengerusi Pemasaran Kumpulan dan Penjenamaan Global, Tencent Holding Company Limited.

Khazanah mengalu-alukan pelantikan ahli-ahli baharu di mesyuarat Lembaga Pengarah hari ini dan berharap dapat meneruskan bekerjasama rapat dengan Lembaga Pengarah yang diketuai un Dr Mahathir Mohamad. – WD MY