KUALA LUMPUR, 20 Dis – Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.

Azman, 54, memegang jawatan itu pada 1 Jun, 2004, katanya dalam kenyataan hari ini.

Khazanah adalah dana pelaburan strategik kerajaan yang diamanahkan untuk memegang dan menguruskan aset komersial kerajaan dan menjalankan pelaburan strategik.

Beberapa syarikat tersenarai utama dalam portfolio pelaburan Khazanah termasuklah Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, CIMB Group, Axiata Group Bhd, IHH Healthcare Bhd, Malaysia Airports Holdings Bhd dan UEM Sunrise Bhd.

Dana pelaburan strategik itu terlibat dalam pelbagai sektor seperti tenaga, telekomunikasi, institusi kewangan, penjagaan kesihatan, penerbangan, infrastruktur, riadah dan pelancongan, hartanah, media dan kreatif, pendidikan serta teknologi dan inovasi. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY