KUALA LUMPUR, 6 NOV – TEMUI…. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Qatar, Pakistan, Turki dan Indonesia di ibu negara.

Beliau turut meraikan pemimpin terbabit dalam majlis makan tengah hari dan makan malam.

Menerusi catatan di Twitternya, beliau berkata, perbincangan menjurus kepada pandangan ke hadapan untuk bekerjasama rapat dengan pemimpin negara Islam untuk membina platform menerusi wacana kalangan pemikir, intelektual dan sarjana Islam negara terbabit.

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Qatar, Pakistan, Turki dan Indonesia di ibu negara.

Pertemuan berkenaan antaranya dengan Menteri Luar Pakistan, Makhdoom Shah Mahmood Qureshi dan Menteri Industri dan Teknologi Republik Turki, Mustafa Varank.

Pertemuan menjurus kepada perbincangan produktif mengenai kerjasama masa depan.

Seterusnya, perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani.

Mohamed Azmin yakin pertemuan dan perbincangan berkenaan dapat menyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi kalangan masyarakat Islam dan negara Islam. -WD MY