KUALA LUMPUR, JAN 28: PERLI…Teruskan khidmat sampai hujung hayat? Azmin perli Tun atau Anwar?
Menteri hal ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali di dalam ciapan di laman twitter miliknya berkata
” Alhamdulillah, teruskan khidmatmu Tun, balasnya membalas ciapan awal tun M yang berikrar akan berkhidmat hingga akhir hayat demi umat dan negara”
Ketika isu ECRL yang menjadi tanda tanya di antara menteri-menteri kanan Kabinet, Azmin Ali membalas ciapan Tun M itu dan menimbulkan persoalan.
Adakah Azmin Ali memerli Datuk Seri Anwar, Bakal Perdana Menteri paling lama dalam sejarah, atau memerli Tun Mahathir yang berjanji mahu menyerahkan tampuk kepimpinan negara selepas 2 tahun kepada Anwar Ibrahim.-MY WD