KUALA LUMPUR, 9 Sept – Hari ini, tiga kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini, demikian menurut laman web Jabatan Alam Sekitar.

Kawasan terbabit ialah Bandaraya Melaka yang mencatatkan bacaan 112 diikuti Bukit Rambai (107) dan Nilai (103).

Muar pula mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 100 berbanding bacaan tidak sihat 101 pada pukul 7 pagi tadi.

Di ibu negara, kualiti udara berada pada tahap sederhana iaitu 75 di Cheras dan 80 di Batu Muda dan situasi sama turut direkodkan di Putrajaya iaitu 76.

Setakat pagi ini, kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana dan baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY