KUALA LUMPUR, 1 Jun – Kuasai Bahasa Inggeris Dengan Baik……Program Komunikasi Perkasa Remaja berjaya membantu kira-kira 40 peserta menguasai Bahasa Inggeris dengan baik selepas mengikuti program itu yang diadakan dalam tempoh enam bulan.

Menurut panel program berkenaan yang juga anak kepada Perdana Menteri, Nooryana Najwa program itu berjaya mencungkil potensi yang ada pada peserta yang rata-rata terdiri anak golongan miskin dan berpendapatan sederhana.

Beliau bercakap kepada media pada bengkel Komunikasi Perkasa Remaja yang diadakan sempena Persidangan Antarabangsa Permata 2016 yang diadakan di PWTC.

Turut serta dua panel lain Mas Shahira Aminuddin dan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh yang juga anak perempuan kepada Ketua Pergerakkan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Komuniti Perkasa Remaja merupakan program yang dibangunkan khusus untuk membantu remaja menghadapi dan menangani cabaran hidup menerusi penyertaan mereka dalam siri aktiviti dan pengalaman progresif di peringkat komuniti. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY