KUALA LUMPUR, 25 Okt – SUMBANGAN…… Sebanyak 10 rumah kebajikan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan dari Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) bernilai RM50,000.

Setiap rumah kebajikan menerima RM5,000 dan cendera hati tajaan pusat beli-belah, yang disampaikan oleh Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara rumah diraikan adalah Rumah Kebajikan Karunai Illam, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cacat Taman Megah dan Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Majlis yang dianjurkan oleh BAKTIĀ  itu bertujuan meraikan kanak-kanak kurang bernasib baik sempena sambutan Deepavali.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bahagian Kebajikan BAKTI, Toh Puan Aishah Ong, berkata program amal itu juga bertujuan mengembalikan keceriaan dan meraikan kanak-kanak terbabit.

“BAKTI turut menyasarkan bantuan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan golongan miskin tanpa mengira kaum,” katanya. – WD MY