KUALA LUMPUR, 13 Jun – Serah Sumbangan Kepada Pasukan Keselamatan Negara?….. Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) menyumbangkan 55,500 kotak makanan berupa juadah raya untuk diagih-agihkan kepada anggota pasukan keselamatan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Sebanyak 20,000 kotak makanan itu akan diserahkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 30,000 kotak bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 5,000 kotak untuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Sumbangan kotak berisi makanan bernilai  RM522,500 itu mengandungi empat jenis makanan iaitu rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi himpit.

Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sumbangan yang diberikan setiap tahun oleh Bakti itu sebagai tanda penghargaan ke atas pengorbanan anggota pasukan keselamatan menjaga keamanan negara.?

“Janganlah disebabkan perbezaan idealogi politik, budaya dan agama maka kita mudah mencemuh dan melupakan segala pengorbanan pasukan keselamatan,” kata Rosmah.

?Isteri Perdana Menteri juga berkongsi pengalaman apabila pada hari raya terpaksa berkorban apabila Datuk Seri Najib Razak pada masa itu yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan terpaksa ke Bosnia Herzegovina pada sekitar tahun 1990.?

“Saya peribadi saya sendiri merasai pengalaman apabila suami saya pada ketika itu berjawatan Menteri Pertahanan terikat pada komitmen kerja pada hari raya.”?

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penyerahan Bungkusan Hari Raya Bakti di Seri Perdana di sini hari ini.? – WD MY?

LEAVE A REPLY