GEORGETOWN, 17 Mac – Dua pekerja warga Bangladesh cedera parah apabila sebuah bangunan kilang yang masih dalam pembinaan dekat Bayan Lepas di sini, runtuh dalam kejadian jam 3 petang tadi.

Kejadian turut menyebabkan seorang pekerja cedera ringan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Shoki Hamzah, berkata mereka sedang melakukan kerja pembinaan di tapak berkenaan sebelum runtuhan berlaku.

“Pemeriksaan mendapati runtuhan berlaku di tingkat lima bangunan berhampiran tempat tiga pekerja Bangladesh itu bekerja.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan kerja mencari dan mengesan jika ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan terbabit. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY