PETALING JAYA, 15 Mei – Tertimbus……Usaha mengesan seorang lagi pekerja yang masih tertimbus dalam kejadian bangunan runtuh di Persiaran Barat di sini, giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul, berkata lima daripada enam mangsa yang tertimbus di bangunan dalam pembinaan itu sudah diselamatkan dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.

“Ketika ini, pasukan bomba berusaha mengalihkan bongkah konkrit di lokasi kejadian bagi membolehkan usaha mencari dan menyelamat mangsa dilakukan,” katanya.

Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, sebahagian lantai simen di tingkat empat bangunan berkenaan runtuh dan menyebabkan enam pekerja warga Bangladesh tertimbus.

Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Seksyen 7 di sini, yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Punca runtuhan masih disiasat. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY