KUANTAN, 31 Jan – Pulih……. Keadaan Banjir di Pahang semakin pulih apabila sejumlah 4,122 mangsa daripada 1,115 keluarga masih ditempatkan 65 pusat pemindahan setakat jam 10 pagi tadi.

Mangsa di pusat pemindahan pagi ini berkurang berbanding 4,355 orang daripada 1,154 keluarga setakat jam 8 malam tadi.

Temerloh adalah daerah yang masih mencatat jumlah mangsa tertinggi dipindahkan iaitu seramai 1,423 orang daripada 363 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kolonel (PA) Zainal Yusoff, berkata daerah Pekan pula merekodkan 1,116 mangsa daripada 309 keluarga manakala daerah Maran seramai 1,055 mangsa daripada 314 keluarga.

“Secara keseluruhan banjir di negeri ini menunjukkan penurunan bilangan mangsa dipindahkan dan sebanyak 65 pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi di lima daerah terjejas banjir,” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, daerah Bera mencatatkan 490 mangsa daripada 116 keluarga diikuti daerah Rompin 38 mangsa daripada 13 keluarga.- WD MY