RANAU, 28 Ogos – TERPUTUS…… Jalan perhubungan utama Ranau-Sandakan terputus selepas jalan raya di Kilometer 5, Ranau-Sandakan, runtuh akibat hakisan bawah jalan.

Kejadian dipercayai berlaku malam tadi susulan banjir kilat yang melanda sekitar kawasan itu bermula kira-kira jam 8 malam tadi.

Pegawai Daerah Ranau, Faimin Kamin, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) dan syarikat konsesi jalan kini dalam proses membaiki laluan itu.

Buat masa ini, katanya, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif menerusi Jalan Takurik-Jalan Tagudon.

“JKR dalam proses memperbaiki laluan berkenaan.”Kita tak pasti waktu sebenar jalan runtuh, namun ia berlaku malam tadi dan dikesan selepas banjir kilat,” katanya.

Faimin berkata, banjir kilat di kawasan itu berlaku selepas hujan lebat petang semalam, namun tiada laporan mengenai sebarang kemalangan. – WD MY