JOHOR BAHARU, 13 Nov – Jumlah mangsa banjir di Simpang Renggam dekat Kluang meningkat kepada 231 orang daripada 51 keluarga pada petang ini berbanding 212 orang pagi tadi.

Pegawai Daerah Kluang Mohd Fuad Radzuan berkata kesemua mangsa itu kini ditempatkan di lima pusat pemindahan banjir berbanding enam pusat yang dibuka sebelum ini.

“Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kencana yang dibuka sejak pukul 7 malam, dua hari lepas dan menempatkan mangsa dari Kampung Haji Noor dan
Kampung Sungai Rambai sudah ditutup pada 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Fuad berkata setakat 5 petang ini, lima pusat yang masih dibuka adalah
Dewan Kampung Paya Palembang yang menempatkan 75 mangsa, Dewan Kampung Kolam Air
(65), SK Sungai Linau (22) Balai Raya Kampung Seri Maju Jaya (55) dan Dewan
Orang Ramai Kampung Ithnin Maarof (14).

Sungai Machap kini mencatat paras berjaga-jaga dengan bacaan 7.18 meter,
Sungai Benut pula pada paras bahaya dengan 6.05 meter manakala Empangan Machap
berstatus berjaga-jaga dengan bacaan 16.98 meter, katanya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY