KUALA LUMPUR, 8 MEI – TUTUP…. Bank Alkhair BSC Bahrain merancang untuk menutup operasinya di Malaysia selepas beroperasi dalam pasaran bon Islam terbesar di dunia itu selama lebih satu dekad, demikian menurut sumber.

Unit tempatan pemberi pinjaman Alkhair International Islamic Bank Bhd sedang bersedia untuk menutup operasi dan sedang menunggu kelulusan bank pusat Malaysia untuk meneruskan rancangan berkenaan, menurut sumber itu.

Alkhair International sudah memaklumkan kepada pelanggannya rancangan untuk menutup operasi di Malaysia, kata sumber itu.

“Ia sudah pun berpindah ke pejabat yang lebih kecil sementara menunggu penutupan,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, pegawai di Bank Alkhair tidak menjawab soalan menerusi kiriman emel.

Sementara itu, Bank Negara Malaysia berkata, pihaknya tidak mahu memberi komen mengenai institusi kewangan individu.

Alkhair International diberi lesen pada 2007. Ia menjadikannya peminjam patuh Syariah asing pertama yang dibenarkan mengendalikan pelbagai aktiviti perbankan mata wang asing berikutan Malaysia berusaha membina hab kewangan global yang mematuhi prinsip agama.

Beberapa bank Islam dari luar negara kini menarik diri daripada beroperasi di Malaysia berikutan berdepan prospek pertumbuhan yang terhad disebabkan oleh persaingan sengit daripada pesaing tempatan.

Pemberi pinjaman lain dari Bahrain, Elaf Bank BSC, juga menutup pejabatnya di Kuala Lumpur pada 2015 sementara Bank Negara Abu Dhabi Malaysia Bhd menutup operasinya di negara ini pada tahun lalu.

Kuwait Finance House dan Al Rajhi Bank Arab Saudi juga sedang mempertimbangkan untuk keluar daripada pasaran atau menggabungkannya operasinya dengan pesaing tempatan.

Tahun lalu, konsortium termasuk Qatar Islamic Bank melengkapkan penjualan pemberi pinjaman patuh syariah tempatan, Asian Finance Bank Bhd, kepada Malaysia Building Society Bhd, di mana ia mempelopori kewangan Islam pada 1980-an, yang berhasrat untuk memiliki 40 peratus daripada aset perbankan ypatuh syariah menjelang 2020. Ia melebihi sasaran tahun lalu iaitu 30 peratus.

Asia Tenggara kekal menjadi pemimpin global dalam pasaran modal Islam, dengan RM1.9 trilion ekuiti patuh syariah dan sukuk tertunggak pada akhir tahun lalu, menurut pengawal selia sekuriti tempatan. – WD MY