KUALA LUMPUR, 3 Dis – Bank Rakyat hari ini menjalin kerjasama dengan Malindo Air untuk menawarkan pelbagai tawaran eksklusif kepada pemegang Kad Kredit-i dan Kad Debit-i bank berkenaan.

Kerjasama itu juga membolehkan pemegang Kad Kredit-i dan Kad Debit-i bank itu menikmati pakej percutian serta tiket penerbangan dengan pakej tawaran harga yang istimewa.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muhty, berkata menerusi kerjasama strategik itu, syarikat penerbangan berkenaan memberikan diskaun 20 peratus bagi Pakej Percutian Malindo kepada pemegang Kad Kredit-i dan Kad Debit-i dan pelanggan ejen perjalanan Bank Rakyat.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian kerjasama strategik antara Bank Rakyat dan Malindo Air di Kuala Lumpur sebentar tadi.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY