KUALA LUMPUR, 22 Mac – Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 13% berjumlah RM385 juta kepada anggota bagi tahun kewangan 2015.
Pengumuman dibuat Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Bank Rakyat mencatatkan keuntungan pra-cukai dan zakat sebanyak RM2.01 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
Angka itu berbanding RM2.19 bilion yang dicatatkan pada 2014.
Bagi tempoh dikaji, pendapatan kumpulan meningkat 6.1% kepada RM6.43 bilion. – CF (WD MY)