KUANTAN, 4 Nov – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang mengesan 423 kes jenayah melibatkan pelbagai jenis penipuan dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Fatimah Ghazali berkata, dari jumlah itu,
sebanyak 162 kes atau 35.8 peratus adalah penipuan siber yang melibatkan transaksi perniagaan menerusi laman web.

“Kes penipuan transaksi menerusi portal web mudah.com mencatatkan tertinggi iaitu sebanyk 88 kes atau 19.5 peratus berbanding penipuan siber lain termasuk tipu parcel, tipu melalui facebook, aplikasi whatsapp, Instagram, wechat dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Hari
Kesedaran Jenayah peringkat Kontinjen Pahang di Universiti Islam Antarabangsa
(UIA), Kampus Kuantan, hari ini.

Tambah Fatimah kebanyakan mangsa penipuan siber terdiri dari kalangan golongan muda iaitu penuntut universiti dan pelajar sekolah menengah dan kebanyakan dari mangsa yang ditipu melibatkan transaksi barangan seperti telefon bimbit dan alat kosmetik.

Sehubungan dengan itu katanya, pihak PDRM kini mengambil pendekatan secara
responsif dan bersepadu bagi membina jalinan untuk meningkatkan hubungan dengan
masyarakat bagi membanteras jenayah penipuan dari terus berleluasa.

Katanya, program seperti Kesedaran Jenayah yang dijalankan bersama para
penuntut dan kakitangan UIA juga satu dari usaha pihak PDRM dalam mematahkan
semua peluang penjenayah untuk melakukan jenayah di negeri ini.

“Menerusi program ini kita dapat memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa
kini jenayah bukan sahaja boleh berlaku secara mata kasar tetapi juga di alam.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY