KUALA LUMPUR, 9 Nov – MENINGGAL DUNIA….. Tokoh korporat Bumiputera, Ismail Awang, yang juga bapa Pengerusi Media Prima Bhd (MPB),┬áTan Sri Ismee Ismail, meninggal dunia kira-kira 8 malam tadi.

Allahyarham yang berusia 82 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Jenazahnya dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.

Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Kampung Tunku, pada Khamis pagi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Ismail pernah berkhidmat dalam sektor swasta, termasuk syarikat minyak dan gas pada 1970-an.

Allahyarham antara beberapa pemikir Melayu yang terbabit dalam perancangan pembangunan sosioekonomi Bumiputera. – WD MY