GEORGE TOWN, 12 Julai – Sebuah bas henti-henti yang hilang
kawalan di Jalan Masjid Kapitan Keling merempuh rumah kedai dua tingkat
berhampiran Masjid Kapitan Keling, di sini, malam ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira 9.15 malam itu, bas terbabit dikatakan
terbabas sebelum merempuh tiang hadapan rumah berkenaan.

Menurut Jurucakap polis siasatan awal mendapati dua daripada empat penumpang
bas yang cedera ringan, telah dihantar ke hospital.

“Pemandu bas itu juga mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke
hospital,” katanya.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk
mengenal pasti punca kemalangan.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY