SEREMBAN, 7 Okt – KEMALANGAN….. Nahas membabitkan sebuah bas persiaran dan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 254.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, hanya menyebabkan pemandu bas dan tiga penumpangnya cedera.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Pegawai Bomba Kanan II Muhammad Efeendy Rahmad, berkata anggotanya membantu mengeluarkan semua mangsa yang cedera termasuk pemandu bas yang patah tangan.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dengan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut.

“Pemandu dan penumpang pacuan empat pula roda tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, bas persiaran berkenaan yang membawa 12 penumpang warga Indonesia terbalik ke kiri jalan akibat kemalangan berhampiran Senawang itu.- WD MY