Bas Rempuh Kedai Di Kota London

0
45

LONDON 11 Ogos – Rempuh….. Dua terperangkap dan beberapa penumpang lain cedera apabila sebuah bas merempuh kedai di kawasan jalan sibuk di sini, kata saksi.

Seorang penumpang yang juga jururawat, Amy Mullineux berkata, pemandu memberitahu dia tidak sedar diri ketika kejadian.

“Dia memberitahu pitam sebelum bas itu merempuh kedai. Dia langsung tidak ingat apa yang berlaku,” katanya.

Kemalangan itu berlaku di Lavendar Hill, barat daya London yang terkenal sebagai lokasi filem komedi British 1951 ‘The Lavender Hill Mob’.

Gambar yang dimuat naik di media sosial menunjukkan kaca pecah dan paramedik membantu penumpang di dek atas bas merah dua tingkat itu.

Dua penumpang yang terperangkap berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan pemandu bas terbabit di bawa ke hospital. – WD MY