GURUN,, ARPRIL 15: DEMOKRASI….Negara yang berdemokrasi akan membela nasib rakyat seterusnya memenuhi ipian rakyat demi masa depan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata perkara itu penting dengan membuat pilihan tepat dan betul pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Melalui kuasa (PRU) 13 kali, rakyat memahami, terus meyakini dan memberi kepercayaan kepada kerajaan sedia ada untuk membawa kita ke hadapan.

“Kita jangan sesekali menggadaikan kuasa dalam tangan kita hari ini. Kita harus mempertahankan walau apapun yang akan berlaku kerana kuasa ini amat bernilai. Apabila kita hilang kuasa, kita akan hilang segala-galanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Malam Pendekar Segayong ‘Kiambang Bertaut’ anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) di Kompleks Sukan Kriss Modenas di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pendita Utama PSSPGM, Datuk Dr Raja Abdul Majid Raja Mat Isa, dan 3,000 ahli pertubuhan itu dari seluruh negara.

Ahmad Bashah berkata, kekuatan jati diri dimiliki anak gayong mampu membantu kemenangan kerajaan sedia ada pada PRU-14.

“Saya yakin kita dapat membawa perubahan dan kemajuan kepada generasi anak gayong pada masa depan.

“Namun, perkara itu memerlukan kekuatan dan permuafakatan daripada segenap lapisan rakyat di seluruh negara,” katanya.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah turut menerima Anugerah Sandang Kebesaran Gayong sebagai Imam Khalifah negeri, iaitu sandang tertinggi negeri dalam pertubuhan itu.-MY WD