KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Bhd, hari ini mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang akan dikuatkuasakan mulai 15 Oktober, Khamis ini.

Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di Plaza Tol Gombak kini menjadi RM6 berbanding RM4 sekarang manakala di Plaza Tol Bentong RM3.50 daripada RM3 sekarang.

Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) pula menjadi RM12 di Plaza Tol Gombak dan RM7 di Bentong.

Sementara kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM18 di Plaza Tol Gombak dan RM10.50 di Plaza Tol Bentong.

Bagi teksi pula RM3 di Plaza Tol Gombak dan RM1.80 di Plaza Tol Bentong, manakala bagi bas pula RM5 di Plaza Tol Gombak dan RM3 di Plaza Tol Bentong.

Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY