MIRI, 14 Ogos – Tutup….. 183 orang murid dari tiga buah sekolah rendah di kawasan pedalaman Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan hari ini berikutan banjir yang melanda kawasan sekolah mereka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, tiga buah sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kebulu dan SK Kuala Sigu kedua-duanya di Sebauh, Bintulu dan SK Long Bemang di Baram.

“Namun SK Nanga Balingiau di Kanowit akan beroperasi esok kerana keadaan banjir masih terkawal,” katanya.

SK Kebulu mempunyai 48 orang murid, SK Kuala Sigu seramai 32 murid dan SK Long Bemang seramai 103 murid.

Ketiga-tiganya mempunyai 41 guru dan 21 kakitangan pentadbiran. – WD MY