KLANG, 14 Mac – Mayat dipercayai seorang wanita disyaki dibunuh
ditemukan di dalam sebuah beg pakaian di dalam parit di Lot 2817, Jalan
Belimbing, Kampung Bukit Kapar, Meru hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Nor Omar Sappi, beg
pakaian berwarna hitam jenama Polo itu ditemukan penduduk kampung kira-kira
11.30 pagi.

Beliau berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayatnya dibuang
di dalam parit berkenaan.

“Maklumat lebih lanjut mengenai mayat seperti identiti dan punca kematian
akan diketahui selepas proses bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah
(HTAR) di sini esok,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, seorang penduduk yang tinggal berdekatan tempat kejadian
memberitahu pemberita, beg pakaian itu ditemukan dalam keadaan terapung oleh
jirannya yang terhidu bau busuk ketika melalui parit berkenaan. -Sharini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY